Apa Yang Ada ?@? ![]() Cerita Kami Come Join Us :) Logo Penjara Dan Sekolah ![]() Bersama kita bersatu tenaga, Membentuk masyarakat berdisiplin, Tingkatkan sahsiah dan jati diri, Rakan sebaya sama berbakti. Peraturan undang-undang dipatuhi, Memupuk patriotisme yang tinggi, Gejala sosial bersama diatasi, Keamanan negara terus dinikmati. CHORUS Ayuh kita buktikan, Koreksional suatu penjana, Ke arah capai cita-cita, Cemerlangkan bangsa gemilangkan negara, Kekitaan, perpaduan dijalinkan Saling membantu dalam usaha, Nilai nilai etika juga diterapkan, Kadet penjara teras kejayaan. Walkie Talkie Big Claps Template by Ida Syafiera Source : ▲ ▼ ▲
| SENTAP
Friday, 14 December 2012 | 03:54 | 0 Larva
Assalamualaikum
Seni Tangkas Penjara (SENTAP) diperkenalkan oleh Jabatan Penjara Malaysia dalam usaha untuk memperlengkapkan pegawai-pegawainya dalam berbagai disiplin ilmu kepenjaraan. SENTAP mula diperkenalkan pada 28 Oktober 2002. Sebelum wujudnya nama SENTAP ini, seni mempertahankan diri ini dikenali sebagai Gerak Tangkas Penjara (GTP). Walau bagaimanapun panggilan GTP telah diganti kepada SENTAP yang diilhamkan sendiri oleh Yang Berbahagia Datuk Mustafa bin Osman, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Perubahan nama ini juga bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kekeliruan dengan penggunaan singkatan bagi panggilan unit keselamatan lain seperti Grup Gerak Khas (GGK), Angkatan Tentera Malaysia dan Gerak Khas (GK) Polis Diraja Malaysia.
Antara tujuan utama ianya diperkenalkan :· Memperkasakan jati diri anggota penjara dengan sifat keberanian, tegas, tidak mudah panik dengan situasi cemas dan bijak menangani kejadian yang tidak diingini.· Melatih anggota penjara dengan disiplin diri yang tinggi, sabar dan penampilan diri yang kemas.· Membolehkan semua anggota penjara dapat mempelajari tanpa syarat yang tertentu.Seramai 10 orang pegawai penjara dari seluruh Malaysia telah dikenalpasti mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang seni mempertahankan diri dan dikumpulkan di Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia (PULAPEN), Taiping, Perak. Kumpulan pegawai ini telah mengadakan perbincangan baik secara teori mahu pun praktikal berkenaan gabungan seni mempertahankan diri yang paling sesuai untuk dimasukkan sebagai komponen SENTAP yang digunakan oleh kakitangan Jabatan Penjara Malaysia. SENTAP sewajarnyalah dipelajari dan dipraktikkan oleh semua kakitangan Jabatan Penjara Malaysia. Matlamatnya agar semua staf dapat bersedia dan mahir dalam teknik ini sebagai menangkis sebarang tindakan pesalah/banduan yang boleh memudaratkan diri sendiri atau pihak awam. Perkhemahan Peringkat Sekolah
Tuesday, 11 December 2012 | 23:24 | 0 Larva
Assalamualaikum ..
Perkhemahan Peringkat Sekolah Telah Diadakan pada 28 April Sehingga 30 April 2012, iaitu selama 3 Hari 2 Malam bertempat di Caravan Park .. Setiap Pasukan Uniform SMK BUKIT JANA menghantar 20 orang wakil uniform untuk menyertai perkhemahan ini. Hari Pertama Perkhemahan Hari Kedua
*Minta Maaf Kerana Tiada Gambar Ketika Aktiviti Dijalankan*
<Aktiviti malam>
Hari Ketiga "Penutup" Antara Aktiviti yg dijalankan Kursus Asas Perkhemahan 2012
| 22:36 | 0 Larva
Assalamualaikum...
KURSUS PENDEDAHAN ASAS PERKHEMAHAN UNTUK PASUKAN BADAN BERUNIFORM SMK BUKIT JANA. SALAH SATU DARIPADA AKTIVITINYA ADALAH MENDIRIKAN "HIKER'S TENT" ATAU KHEMAH PENGEMBARA......PESERTA BAGI SETIAP KUMPULAN: 2 ORANG MURID DAN 2 ORANG GURU PASUKAN. Kursus ini diadakan pada 4 Februari 2012 bertempat di SMK Bukit Jana . kadet koreksional telah menghantar Aezam dan Natasha bagi menyertai kursus ini . Membina Khemah Setelah Siap ! Amboyy Aezam Dgn Cikgu Rukman ! Memasak Hasilnyaa ! >,< Jum makan ! :)
photos by : Encik hasharizal
Kadet Koreksional BJ 2012
| 10:38 | 0 Larva
Bismillahirahmanirrahim .. Assalamualaikum W.b.t
hye awak2 yg comel semua ,
nie adalah sebahagian aktiviti kadet 4 this year ..
kursus asas perkhemahan <SMKBJ> Perkhemahan Peringkat Sekolah <Caravan Park> Perkhemahan Peringkat Negeri <Sungkai> Perkhemahan Pusat *Persediaan Utk Kem Kebangsaan*<PULARES> Perkhemahan Peringkat Kebangsaan Kontigen Perak <Negeri Sembilan> Jamuan Akhir Tahun Kadet Koreksional 2012 <KEMTA>
wait 4 the next post ;)
|