Kadet koreksional
Apa Yang Ada ?@?



Cerita Kami Huha Beejay Contact Us ? Galeri


Cerita Kami


Come Join Us :)


Logo Penjara Dan Sekolah






BERSAMA BERBAKTI (LAGU KADET KOREKSIONAL)

Bersama kita bersatu tenaga,
Membentuk masyarakat berdisiplin,
Tingkatkan sahsiah dan jati diri,
Rakan sebaya sama berbakti.


Peraturan undang-undang dipatuhi,
Memupuk patriotisme yang tinggi,
Gejala sosial bersama diatasi,
Keamanan negara terus dinikmati.


CHORUS


Ayuh kita buktikan,
Koreksional suatu penjana,
Ke arah capai cita-cita,
Cemerlangkan bangsa gemilangkan negara,


Kekitaan, perpaduan dijalinkan
Saling membantu dalam usaha,
Nilai nilai etika juga diterapkan,
Kadet penjara teras kejayaan.


Walkie Talkie






Big Claps

Template by Ida Syafiera
Source :
Perkhemahan Peringkat Negeri 2013
Thursday 18 July 2013 | 00:25 | 0 Larva


Assalamualaikum w.b.t ..

Nampak tak gmba kat atas tue ? huhu , itulah 
KONTINGEN SMK BUKIT JANA ! :)

untuk apa ?
ahaaa , apa lagy klau bukan "KADET KOREKSIONAL" kan ! 

alhamdulillah perkhemahan kadet koreksional peringkat negeri
 telah diadakan pada tanggal 
12 MEI 2013 sehingga 15 MEI 2013
iaitu selama 4 hari 3 malam

pelbagai aktiviti yang disediakan untuk para peserta .
Antaranya :~

  • pertandingan kawad kaki berpasukan
  • pertandingan kawad kaki individu
  • pertandingan Sentap kategori lelaki
  • pertandingan Sentap kategori perempuan
  • pertandingan merentas halangan berkumpulan
  • pertandingan malam kebudayaan berkumpulan

Alhamdulillah , kontingen SMK BUKIT JANA dapat merangkul
beberapa hadiah .
Antaranya :~

  • Johan sentap kategori lelaki
  • Johan Sentap kategori perempuan
  • Naib Johan Merentas halangan
  • Naib Johan Malam Kebudayaan
  • Tempat Ketiga Kawad kaki berpasukan
  • Tempat Ketiga Keseluruhan


some picture for you all ;)









SENTAP
Friday 14 December 2012 | 03:54 | 0 Larva
Assalamualaikum 



Seni Tangkas Penjara (SENTAP) diperkenalkan oleh Jabatan Penjara Malaysia dalam usaha untuk memperlengkapkan pegawai-pegawainya dalam berbagai disiplin ilmu kepenjaraan. SENTAP mula diperkenalkan pada 28 Oktober 2002. Sebelum wujudnya nama SENTAP ini, seni mempertahankan diri ini dikenali sebagai Gerak Tangkas Penjara (GTP). Walau bagaimanapun panggilan GTP telah diganti kepada SENTAP yang diilhamkan sendiri oleh Yang Berbahagia Datuk Mustafa bin Osman, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Perubahan nama ini juga bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kekeliruan dengan penggunaan singkatan bagi panggilan unit keselamatan lain seperti Grup Gerak Khas (GGK), Angkatan Tentera Malaysia dan Gerak Khas (GK) Polis Diraja Malaysia.

SENTAP adalah hasil daripada kombinasi beberapa seni mempertahankan diri yang terdiri daripada Seni Silat Melayu, Tae Kwan Do, Muay Thai dan teknik ?Control And Restraint" (C&R).
SENTAP diperkenalkan sebagai modul seni mempertahankan diri Jabatan Penjara Malaysia yang diimplimentasikan oleh seluruh anggota penjara seluruh negara.

Antara tujuan utama ianya diperkenalkan :· Memperkasakan jati diri anggota penjara dengan sifat keberanian, tegas, tidak mudah panik dengan situasi cemas dan bijak menangani kejadian yang tidak diingini.· Melatih anggota penjara dengan disiplin diri yang tinggi, sabar dan penampilan diri yang kemas.· Membolehkan semua anggota penjara dapat mempelajari tanpa syarat yang tertentu.
Seramai 10 orang pegawai penjara dari seluruh Malaysia telah dikenalpasti mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang seni mempertahankan diri dan dikumpulkan di Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia (PULAPEN), Taiping, Perak. Kumpulan pegawai ini telah mengadakan perbincangan baik secara teori mahu pun praktikal berkenaan gabungan seni mempertahankan diri yang paling sesuai untuk dimasukkan sebagai komponen SENTAP yang digunakan oleh kakitangan Jabatan Penjara Malaysia.
Modul SENTAP menjadi silibus wajib kepada semua peserta Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara (KSMPP) yang dijalankan baik di Maktab Penjara Malaysia (MPM) mahu pun di Pusat Latihan Pegawai Penjara (PULAPEN) sehingga ke hari ini. Kumpulan pelatihan KSAPP Siri 2/2002 di PULAPEN merupakan kumpulan pegawai penjara yang pertama mempelajari SENTAP.

SENTAP sewajarnyalah dipelajari dan dipraktikkan oleh semua kakitangan Jabatan Penjara Malaysia. Matlamatnya agar semua staf dapat bersedia dan mahir dalam teknik ini sebagai menangkis sebarang tindakan pesalah/banduan yang boleh memudaratkan diri sendiri atau pihak awam.

Perkhemahan Peringkat Sekolah
Tuesday 11 December 2012 | 23:24 | 0 Larva
Assalamualaikum ..

Perkhemahan Peringkat Sekolah Telah Diadakan pada 28 April Sehingga 30 April 2012, iaitu selama 3 Hari 2 Malam bertempat di Caravan Park .. Setiap Pasukan Uniform SMK BUKIT JANA menghantar 20 orang wakil uniform untuk menyertai perkhemahan ini.

Hari Pertama Perkhemahan  





Hari Kedua


*Minta Maaf Kerana Tiada Gambar Ketika Aktiviti Dijalankan*

<Aktiviti malam>





Hari Ketiga "Penutup"






Antara Aktiviti yg dijalankan 
  • Orienteering
  • Pertandingan Memasak
  • Aktiviti mengikut stesyen
  • Malam Kebudayaan










Kursus Asas Perkhemahan 2012
| 22:36 | 0 Larva
Assalamualaikum...

KURSUS PENDEDAHAN ASAS PERKHEMAHAN UNTUK PASUKAN BADAN BERUNIFORM SMK BUKIT JANA. SALAH SATU DARIPADA AKTIVITINYA ADALAH MENDIRIKAN "HIKER'S TENT" ATAU KHEMAH PENGEMBARA......PESERTA BAGI SETIAP KUMPULAN: 2 ORANG MURID DAN 2 ORANG GURU PASUKAN.

Kursus ini diadakan pada 4 Februari 2012 bertempat di SMK Bukit Jana .
kadet koreksional telah menghantar Aezam dan Natasha bagi menyertai kursus ini .

Membina Khemah




Setelah Siap ! Amboyy Aezam Dgn Cikgu Rukman !

Memasak







Hasilnyaa ! >,<




  
Jum makan ! :)








photos by : Encik hasharizal 

\



Kadet Koreksional BJ 2012
| 10:38 | 0 Larva
Bismillahirahmanirrahim .. Assalamualaikum W.b.t

hye awak2 yg comel semua , 

nie adalah sebahagian aktiviti kadet 4 this year ..


kursus asas perkhemahan <SMKBJ>


Perkhemahan Peringkat Sekolah <Caravan Park>


Perkhemahan Peringkat Negeri <Sungkai>


Perkhemahan Pusat *Persediaan Utk Kem Kebangsaan*<PULARES>


Perkhemahan Peringkat Kebangsaan Kontigen Perak <Negeri Sembilan>


Jamuan Akhir Tahun Kadet Koreksional 2012 <KEMTA>


wait 4 the next post ;)